Pengaruh sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja warga Angkatan Tentera Malaysia

Saleh, Mohamad Muntaha and Mohamed Salleh, Daud and Ismail, Amnah Saayah and Zainol, Noor Azmi and Baharuddin, Elmi (2024) Pengaruh sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja warga Angkatan Tentera Malaysia. In: The 16th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHISS 2024), 21 - 22 August 2024, The Everly Putrajaya.. (Submitted)

[thumbnail of Artikel] Text (Artikel)
PengaruhSokonganPengurusan.pdf - Full text
Restricted to Repository staff only until 31 January 2099.

Download (276kB)

Abstract

Pekerja yang berprestasi tinggi sangat penting bagi setiap organisasi, terutamanya bagi Angkatan Tentera yang menjaga pertahanan sesebuah negara. Sehubungan dengan ini, kajian lalu oleh para sarjana mendapati antara faktor yang banyak mempengaruhi prestasi kerja seseorang ialah latihan, insentif, sokongan pihak atasan dan lain-lain. Namun, kajian ini telah menganalisis pengaruh sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana kepentingannya dalam melaksanakan tugasan mempertahan kedaulatan negara. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan sampel kajian ialah seramai 384 orang anggota LLP ATM yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi 84,839 keseluruhan anggota ATM. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan pakej perisian SmartPLS 3.2.5. Ujian bootstrapping menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan di antara sokongan pengurusan atasan terhadap prestasi kerja anggota ATM, iaitu nilai R2 berada pada tahap lemah. Dapatan ini menunjukkan bahawa sokongan pihak atasan adalah tidak penting bagi mempengaruhi tahap prestasi kerja warga ATM. Bahkan ketiadaan anugerah atau sebarang insentif yang diperolehi tidak menghalang mereka untuk terus berprestasi dalam menjaga kedaulatan negara sepanjang berada dalam perkhidmatan ATM.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Angkatan Tentera Malaysia, Pengurusan Atasan, Prestasi Kerja
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
U Military Science > U Military Science (General)
Divisions: Faculty of Defence Studies &Management
Depositing User: Mr Shahrim Daud
Date Deposited: 26 Jan 2026 02:29
Last Modified: 26 Jan 2026 02:29
URI: http://repo.upnm.edu.my/id/eprint/678

Actions (login required)

View Item
View Item