Sumo, Amat Tarop (2023) Penilaian pelaksanaan kursus elektif teras Bahasa Melayu untuk siswa guru bukan opsyen Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
PENILAIAN PELAKSANAAN KURSUS (25p).pdf - Preview
Download (378kB)
PENILAIAN PELAKSANAAN KURSUS (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (2MB)
Abstract
Kursus Elektif Teras Bahasa Melayu (ETBM) merupakan kursus yang ditawarkan kepada siswa guru bukan opsyen Bahasa Melayu (BM) yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kesesuaian kursus, hasil pembelajaran dan isi kandungan, sumber fizikal, sumber manusia, pengetahuan kandungan, pedagogi, dan pentaksiran yang terkandung dalam kursus perlu sentiasa dinilai dari semasa ke semasa agar kekal relevan dengan keperluan semasa system pendidikan. Penilaian kursus ETBM perlu dilaksanakan bagi memperoleh maklumat untuk menambah baik kursus yang ditawarkan. Penambahbaikan ini penting untuk meningkatkan kualiti latihan guru supaya dapat melahirkan guru yang berkualiti. Kajian ini menilai kursus ETBM dalam kalangan siswa guru bukan opsyen BM menggunakan Teori Pembelajaran Humanis dan Model Konteks, Input, Proses, dan Produk (KIPP) dengan memberikan fokus kepada aspek kesesuaian kursus, hasil pembelajaran dan isi kandungan, sumber fizikal, sumber manusia, pengetahuan kandungan, pedagogi, pentaksiran, kepuasan, minat, sikap, dan kemahiran siswa guru terhadap kursus ETBM. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif manakala kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada siswa guru bukan opsyen BM daripada empat buah IPGMK yang menawarkan kursus ETBM. Sebanyak 119 orang siswa guru bukan opsyen BM terlibat untuk menjawab soalan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian responden terhadap aspek kesesuaian kursus, hasil pembelajaran dan isi kandungan, sumber fizikal, sumber manusia, pengetahuan kandungan, pedagogi, pentaksiran, kepuasan, minat, sikap, dan kemahiran memberikan impak postif untuk melahirkan guru bukan opsyen BM yang bersahsiah tinggi, kompeten, berkualiti, kritis, kreatif, dan inovatif. Namun beberapa cadangan penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan kursus ini relevan dengan keperluan semasa demi meningkatkan kualiti guru. Analisis korelasi menunjukkan bahawa hasil pembelajaran dan isi kandungan dan sumber manusia mempunyai hubungan yang signifikan dengan siswa guru bukan opsyen BM dari segi kepuasan, minat, sikap, dan kemahiran berdasarkan dimensi produk. Ujian regresi berganda pula menunjukkan bahawa terdapat pengaruh kesesuaian, hasil pembelajaran dan isi kandungan, kesan sumber fizikal, kesan sumber manusia, kandungan pengetahuan kursus ETBM, pedagogi kursus ETBM, dan Kesan pentaksiran kursus ETBM terhadap kepuasan ialah 84.8%, minat 79.6%, sikap 72.2%, dan kemahiran 72.6%. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kursus ETBM memberikan impak positif kepada siswa guru bukan opsyen BM. Kajian ini juga mendapati bahawa kursus ETBM wajar diteruskan di IPGM, namun beberapa penambahbaikan wajar dilakukan dari semasa ke semasa untuk memantapkan kursus perguruan di IPGM demi melahirkan siswa guru bukan opsyen BM yang kompeten sekali gus dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
| Divisions: | Centre For Graduate Studies |
| Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
| Date Deposited: | 04 Sep 2025 02:06 |
| Last Modified: | 04 Sep 2025 02:06 |
| URI: | http://repo.upnm.edu.my/id/eprint/644 |
