Motivasi sebagai faktor pengantara dan hubungan antara Program Mukmin Profesional dengan Karakter Kepimpinan Insaniah Pelajar di Kolej Profesional Mara

Wan Muda, Wan Mukhtar (2023) Motivasi sebagai faktor pengantara dan hubungan antara Program Mukmin Profesional dengan Karakter Kepimpinan Insaniah Pelajar di Kolej Profesional Mara. Doctoral thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

[thumbnail of MOTIVASI SEBAGAI FAKTOR (25p).pdf] Text
MOTIVASI SEBAGAI FAKTOR (25p).pdf - Preview

Download (983kB)
[thumbnail of MOTIVASI SEBAGAI FAKTOR (Full).pdf] Text
MOTIVASI SEBAGAI FAKTOR (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian lepas mendapati nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) masih pada tahap yang sederhana. Malah, sorotan literatur mendapati kekurangan kajian secara holistik terhadap hubungan konstruk-konstruk pelaksanaan sesuatu program dalam pembentukan karakter kepimpinan dalam kalangan pelajar di IPT. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konstrukkonstruk utama sebagai pemboleh ubah bebas dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) di Kolej Profesional MARA (KPM), serta menguji kesan langsung konstruk-konstruk tersebut dalam pelaksanaan PMP dengan pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Kajian turut menilai peranan motivasi belajar sebagai pemboleh ubah pengantara antara konstruk-konstruk utama dengan pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan analisis statistik menggunakan instrumen soal selidik dilaksanakan terhadap sampel berjumlah 674 orang pelajar semester akhir di semua enam buah KPM seluruh Malaysia. Pengujian terhadap hipotesis-hipotesis dijalankan untuk menganalisis kesan langsung konstrukkonstruk utama yang menjadi pemboleh ubah-pemboleh bebas dalam pelaksanaan PMP terhadap pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar serta peranan motivasi belajar sebagai pemboleh pengantara. Semua sampel dianalisis menggunakan laluan SmartPLS versi 3.2.8 menunjukkan kesan langsung yang signifikan (p<0.05), peranan pensyarah (p=0.033), sokongan pengurusan (p=0.010) dan sokongan persekitaran pelajar (p=0.000) dengan pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar KPM. Hanya konstruk kandungan modul mempunyai kesan langsung yang tidak signifikan (p=0.057). Manakala dapatan pengujian kesan motivasi belajar sebagai pemboleh ubah pengantara mengesahkan bahawa konstruk kandungan modul (p= 0.000), peranan pensyarah (p= 0.000), sokongan pengurusan (p= 0.007) dan sokongan persekitaran (p= 0.000) mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi belajar (p= 0.000) serta memberi impak kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Pengujian kesan langsung secara keseluruhannya menunjukkan nilai kuasa R ialah 0.415 manakala kesan pemboleh ubah pengantara pula menunjukkan kuasa R ialah 0.465 iaitu pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati semua konstruk PMP mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi belajar sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting dengan pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Oleh itu, semua pihak perlu meningkatkan sokongan pelaksanaan PMP serta meningkatkan motivasi belajar para pelajar di KPM untuk mengukuhkan keberkesanan pelaksanaannya bagi membentuk karakter kepimpinan insaniah pelajar. Hasil kajian ini menjadi panduan untuk penambahbaikan, serta memastikan pelaksanaan PMP mencapai objektif yang digariskan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Centre For Graduate Studies
Depositing User: Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab
Date Deposited: 04 Sep 2025 02:06
Last Modified: 04 Sep 2025 02:06
URI: http://repo.upnm.edu.my/id/eprint/643

Actions (login required)

View Item
View Item