Othman, Azrinda (2024) Kajian kesihatan mental dan gaya asuhan ibu bapa dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor. Masters thesis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
![[thumbnail of KAJIAN KESIHATAN MENTAL (25p).pdf]](http://repo.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
KAJIAN KESIHATAN MENTAL (25p).pdf - Preview
Download (372kB)
![[thumbnail of KAJIAN KESIHATAN MENTAL (Full).pdf]](http://repo.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
KAJIAN KESIHATAN MENTAL (Full).pdf - Full text
Restricted to Registered users only
Download (2MB)
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga cuba untuk mengenal pasti gaya asuhan ibu bapa, mengenal pasti hubungan kesihatan mental dan gaya asuhan ibu bapa serta meneroka hubungan antara gaya tindak, corak pemikiran dan pengurusan emosi dengan kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Kajian dijalankan terhadap 297 orang di tiga buah sekolah di tiga daerah utama di Selangor iaitu Daerah Gombak, Hulu langat dan Petaling Perdana. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif yang mana menggunakan instrumen Ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scale bagi kuantitatif dan Soal Selidik Gaya Keibubapaan Baumrind, manakala kaedah kualitatif menggunakan Perbincangan Kumpulan Berfokus. Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis kolerasi dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Window version 22. Analisis kandungan digunakan untuk kaedah perbincangan kumpulan berfokus. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesihatan mental pada tahap normal dengan bilangan responden paling ramai iaitu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki untuk ketiga-tiga elemen stres, kebimbangan dan kemurungan. Manakala gaya asuhan ibu bapa yang paling tinggi diamalkan adalah gaya autoritatif dengan skor min 3.55 berbanding gaya autoritarian dan gaya permisif pada tahap sederhana. Terdapat hubungan negatif yang sangat lemah (rxy=-0.064) dan signifikan (p=0.00<0.01) antara tahap kesihatan mental dan gaya asuhan ibu bapa. Terdapat hubungan antara gaya tindak, corak pemikiran dan pengurusan emosi dengan kesihatan mental.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Centre For Graduate Studies |
Depositing User: | Mr. Mohd Zulkifli Abd Wahab |
Date Deposited: | 04 Sep 2025 03:13 |
Last Modified: | 04 Sep 2025 03:13 |
URI: | http://repo.upnm.edu.my/id/eprint/632 |