Ramlan, Muhammad Ammar Farhan and Baharuddin, Elmi and Syed Aziz, Sharifah Noorhidayah and Ab Aziz, Nailah (2024) Kaedah hafazan Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL) Speen Tahfiz Program (STP). In: The 16th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHISS 2024), 21 - 22 August 2024, The Everly Putrajaya.. (Submitted)
KaedahHafazanAkademi.pdf - Draft Version
Restricted to Repository staff only until 31 January 2099.
Download (265kB)
Abstract
Perkembangan bidang hafazan semakin berkembang dari sehari ke sehari di pelbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. Namun, menjadi satu permasalahan apabila kebanyakan pelajar yang tidak dapat menamatkan hafazan dalam tempoh yang ditetapkan atau melebihi tempoh masa hafazan. Berdasarkan permasalahan yang timbul ini, Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) telah melaksanakan satu strategi bagi membantu pelajar-pelajar tahfiz yang ketinggalan dalam hafazan. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah hafazan yang diamalkan oleh AKMAL dalam melahirkan pelajar yang mampu menghafaz dalam tempoh minima satu tahun. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Temubual telah dijalankan ke atas 5 orang informan yang terdiri daripada 4 orang pelajar dan seorang guru. Data yang diperoleh ditranskripsi dan dianalisis secara tematik. Hasil dapatan mendapati bahawa kaedah hafazan AKMAL STP telah menggabungkan beberapa kaedah asas dan pendekatan tiga segi iaitu pendekatan sokongan dari guru, ibu bapa dan komitmen pelajar itu sendiri. Selain itu, kaedah AKMAL STP ini berjaya melahirkan ramai pelajar yang mampu menghafaz dalam tempoh minima satu tahun. Diharapkan semoga kajian ini dapat menarik minat pelajar dan ibu bapa mengikuti kaedah hafazan ini.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Al-Quran, Amalillah, Fast Track, Speed Tahfiz Program, Tahfiz |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > LB Theory and practice of education |
| Divisions: | Faculty of Defence Studies &Management |
| Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
| Date Deposited: | 13 Jun 2025 06:31 |
| Last Modified: | 04 Sep 2025 07:08 |
| URI: | http://repo.upnm.edu.my/id/eprint/608 |
