Wahab, Hairul Nisma and Ismail, Wazzainab and Zainal Ariffin, Zailin and Husain, Salina (2024) Perbandingan peribahasa Melayu, Sepanyol dan Arab bertemakan usaha dalam aspek ekonomi: satu analisis semantik inkuisiti. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke 9 (PASAK 9), 17 - 18 July 2024, Perpustakaan Raja Tun Uda. (Submitted)
![[thumbnail of Artikel]](http://repo.upnm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
PerbandinganPeribahasaMelayu.pdf - Full text
Restricted to Repository staff only until 31 January 2099.
Download (13MB)
Abstract
Peribahasa, antara khazanah bangsa yang universal dan diwarisi secara turun temurun bagi menyampaikan mesej. Peribahasa wujud dengan kepelbagaian füngsi seperti nasihat, sindiran serta mengungkap konsep falsafah dan akal budi masyarakat yang memerlukan pemikiran aras tinggi dalam tafsiran makna. Kesilapan mentafsir makna peribahasa akan menyebabkan kegagalan fungsi peribahasa yang mengakibatkan berlakunya salah faham apabila melibatkan penggunaan lambang yang tidak dikenali kerana berbeza bahasa dan budaya. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti lambang yang digunakan dalam peribahasa Melayu, Sepanyol dan Arab bertemakan usaha dalam aspek ekonomi, serta mengupas makna dan asbab pemilihan lambang dalam ketigatiga peribahasa tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengaplikasi pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986). Sebanyak tiga data peribahasa yang terdiri daripada satu peribahasa Melayu, satu peribahasa Sepanyol dan satu peribahasa Arab telah dianalisis dan ennpat informan terdiri daripada penutur asli berbangsa Melayu, Sepanyol dan Arab telah ditennu bual bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dapatan kajian menunjukkan corak hidup masyarakat dahulu, tradisi serta peristiwa sejarah telah menjadi pencetus kepada pemilihan lambang yang merujuk kepada usaha dalam perniagaan. Hasil kajian juga mendapati, makna sebenar peribahasa dan asbab sesuatu lambang itu dipilih telah dapat dicungkil sehingga ke akar umbi berdasarkan budaya dan akal budi penuturnya melalui pendekatan semantik inkuisitifdan RRS ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Peribahasa Melayu, peribahasa Sepanyol, peribahasa Arab, lambang, semantik inkuisitif |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism |
Divisions: | Language Centre |
Depositing User: | Mr Shahrim Daud |
Date Deposited: | 04 Mar 2025 01:06 |
Last Modified: | 13 Jun 2025 06:22 |
URI: | http://repo.upnm.edu.my/id/eprint/536 |